Monday, February 21, 2011

pe yang ak wat hari ni...hmmm

Hari ni, xde pe yg menarik..dtg ofis bos dh tegur.."aik??..pasal muka u nmpk manyak ssh hati meh??"..ak pon jwb.."ko peduli pe wey??"..eh..xde la..korang giler nk ak jwb cmtu..may nye ak kne bakar, pastu die letak ak depan tokong die wat smyg..hahaha...
ak ckp la.."yeke??..sy tdo lmbat smlm..sebok nk siapkn service Desk yg u suh sy wat tu.."..ayat ak mmg mngampu..haha...padahal, mlm td ak tdo awl..ntah la..rse nye ak muram sbb ak nk muram kot..cbe klu ak nk happy..mst ak happy nye..haha...

neway..ak pon stat la wat keje..on pc, setup meja, buku nota, pen..sume2 la..
ak duduk kt meja..tgk la note yg ak lekatkn smlm kt pc ak..mak aih..byk nye la keje yg nk kne wat hr ni..haha...

jam dh kul 11pg..sume org duduk kt meja masing2..trmasuk la ak..tbe2, bontot ak ni rse panas la sgt..rse cm nk jnjln n rest jap..ak pon g la wat nescaffe panas kt blakang..
ntah nape..ak xleh nk fokus..ak ingt nk g smoke2..tp tkut lak nk trn..bos ak dh stat berlegar2 kt ofis..ntah die cr pe ntah..

then ak dpt 1 idea...haha...ak selongkar beg ak..cek2 poket ak..tgk dlm laci(pdahal xtau pe yg ak nk cr sbnrnye)..dlm hati ak.."cepat la bos..ty la kt ak ak cr pe!!"..haha..nk d jadikan cerita..bos ak pon ty ak.."saad, u cari pe?"..hahaha..yess..1-0..haha...ak pon jwb la.." sy rse trtnggal brg dlm kete.."..hahaha..ak gelak dlm hati je..pastu die ckp.."xpela..u pegi la trn bwh cr u py barang.."...2-0..hhaha..."ok boss"..dgn muke kecewa yg ak wat ni..ak pon trn la bwh..lepak2 kt bwh..smoke2 jap..usha amoi..hahaha....dekat stgh jam gak r ak kt bwh..hehehe...

korang2 sume jgn tiru lak care ak ni..ak xpe..sbb ak staff harapan company ak..hahah...lgpon hr ni je ak wat..sok luse ak fokus beb..:D

k la..until next time..see u when i see u..tata~~~

Petanda-petanda cinta bertepuk sebelah tangan..heee

Nak tahu tanda-tanda apabila cinta bertepuk sebelah tangan? Cinta bertepuk sebelah tangan memang akan menyakitkan hati bila kita merasakannya, berikut ini merupakan tanda-tanda apabila cinta kamu bertepuk sebelah tangan, mintak2 la jauh!!!haha


1. Kamu yang selalu memulakan dulu

kamu yang selalu memulakan pembicaraan di antara satu sama lain. Ataupon kamu yang selalu memulakan SMS or telipon, bererti kemungkinan besar hanya kamu sendiri yang jatuh hati padanya dan dia tidak !!!


2. Dia mencurahkan perasaan tentang orang lain

Curahan tentang perasaannya terhadap wanita lain saat sedang menyukai seseorang tanpa mepedulikan perasaan kamu. Ini menunjukkan dia memercayai kamu hanya sebagai teman.


3. Dia menyamakan kamu dengan orang lain

ini mgkn terjadi kerana dia merasa bersalah tidak dapat membalas cinta kamu. So, dia pon mnyamakan kamu dengan org yang die suka..(ish3..xbek tau wat cmtu).


4. Tidak menghiraukan kamu

dia tak terlalu peduli bila kamu tidur, dh mkn ke blum, apa yang kamu sedang buat atau makanan kesukaan kamu. Dia tak peduli pada apapun pada diri kamu secara keseluruhan.(dh terang lg mnyuluh!!).


5. Dia keluar dengan kawan kamu or org yg kamu kenal or xkenal.

dia lebih memilih teman kamu atau orang yang kamu kenal sebagai teman datingnya.


6. Dia berusaha melarikan diri or menghidarkan diri dari kamu.

Setelah lama tak memberi khabar, dia mendatangi kamu tanpa rasa bersalah dan mengaku menghabiskan waktu dengan teman-temannya. Jika demikian, tak ada gunanya berniat mengubah perasaannya menjadi cinta pada kamu.

so..korang fhm2 sndiri la ek....suka,sayang n cinta..xsemestinye kne memiliki..ckp la skadar kite dpt tgk org tu bahagie..n klu die jd milik kite..tu dh kre bonus la..tp xsmstinye berakhir ke jinjang pelamin..harus waspada ble nk letak kepercayaan kt teman kite..ingt...cinta yg sejati..dtg dr hati yg ikhlas..cintaila pada yg MAHA ESA..(^_^)..

Sunday, February 20, 2011

Cinta~~pening or happy?? credit to http://www.tentangcinta.com/

Mengapakah si dia merajuk?



Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.

Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.


Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?


Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Selain daripada 4 tips ini, kami juga ada menulis beberapa artikel mengenai tips memujuk mereka yang merajuk. Di antaranya adalah:

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?, dan
Perlu ke merajuk lama-lama?
Diharapkan dengan tips yang kami kongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.

Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kita yang sedang merajuk itu.

Thursday, February 17, 2011

Bertemu hantu… jangan panik!!! try ikut tips ni…

Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir

Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah

Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol

Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.

Hantu Ponteng

Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja …

RumAh SeRam aT Sec. 2 ShAh AlaM.. credit to http://amymemey.blogspot.com

Rumah hijau atau org section 2 shah alam panggil rumah hantu, rumah ni dah lama kosong kalau x silap aku la..sejak family aku pindah sini 24tahun dulu.dgn citer tuan rumah lari keluar negara sebab byk hutang.

rumah ni terkenal dikalangan penduduk setempat sebagai rumah hantu, mcam2 cerita ade..dari berhantu sampai la ke citer kes pembunuhan.dalam tempoh terbiar, rumah menjadi lokasi budak2 main, conteng sana sini, siap ade krew tv buat rakaman....rumah ni tetap seperti dulu....

beberapa tahun lepas rumah yg pada asal nnye bewarna hijau telah dicat putih bila ade buyer yg berminat dgn rumah ni.lepas siap di cat..rumah ni terus terbiar tanpa pemilik baru...

dan baru2 ni, beberapa org telah membersihkan rumah ni dr semak samun.mungkin ade buyer terkini, kite tunggu dah lihat.....





9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!


Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la...nokia 3310

Wednesday, February 16, 2011

17/02/2011

Starting my day with secawan ali cafe ngan 2 biji M&M kaler coklat ngan kaler biru..hahaha...
well..blog ni mcm baru je bg ak..so xbrape pandai sgt nk tulis2 n all that..tp ak try la..

today, ak nk show kt korang pe yg ak wat slame ni..ak ngah wat research psl Flash Builder 4..or nme len die Flex 4..(ak rse la)haha..



ni la FB4(flash builder 4)..product dr adobe yg baru lps flex 3..bnd ni sgt2 mirip eclipse..tp bese la..setiap bnd bru tu..mst la creator die nk wat se simple2 cre utk user..so..klbhn yg ak nmpk kt FB4 ni..mmg best..die de 2 cre nk connect ke databse..
1. gne coding PHP..link kn ke database n ke FB4..mcm dreamweaver..tp coding ni kte tulis kt notepad..

2. xpyh susah2 nk wat connection ke notepad..just click je kt FB4..dh blh connect ke database..xyah coding2 PHP ni..

bg yg pro..korang mst dh tau kn..so ak just cite kt yg runner up nk jd pro..hahaha..
tp kn bg ak..xde istilah a good programmer or best programmer dlm dunia IT ni..but the best programmer is someone who are ready to improved himself/herself everyday..sbb dunia skrg dh makin maju..org byk dh makin pandai..so, tiap2 hr de je org gy blh jd lg bagus dr kite..klu nk keep up ngn improvement dlm dunia IT ni..kne la willing to sacrifice ckit..haha..(mcm dato fadzillah kamsah plak)..

neway..ak dh 50% nk siap project ak gne FB4 ni..so klu de sape2 yg bru nk blaja gne bnd ni..blh la tanpa segan n silu, email ak ke..xpon post la comment kt sni..wa tadahal beb...hehehe..

so..ak nk sambung keje blk..kang bos ak nmpk..masak ak..:D
bye...for now..

Sunday, February 13, 2011

14/02/2011

knp 14/02/2011???
ak bkn sambut so called "hari kekasih"..x sioorr teman..tp ak sambut blog bru ak..yg akn menceritakan kisah cinta ak ngn awek ak...korang kn suke bace bnd2 "jiwang" cmni..so, ak tulis la utk santapan kwn2 yg ak sayang..hahaha...

ak jmp minah ni kt kdai mkn..pastu ak tulis la no tepon ats kertas..ak bg la kt awek ni time ak nk byr..sbnrnye nk tacklekn utk mmbr..tp ak tamak..ak nk tackle la awek tu sblm mbr ak dpt..hahah(gelak jahat)..pastu mse ak nk kasi kertas tu kt awek tu(bapak die py kdai mkn)..die cm xtau r nape tbe2 ak kasi kertas..ak pon wat muke macho, bg duit n blah..pastu ntah cmne de angin2 tiup kuat kt depan ak..so, rambut ak pon terbang2 la..sambil ak pndang blkng n kenyit mate kt awek tu...hahah

pas ak blk umah..tbe2 awek tu msg.."alahai cik abg..xgentle lngsng bg no fon kt kertas..klu cmtu..adik ak pon blh wat...hahah"...pastu ak reply la.."kesian la kt ak..kapel la ngn ak!"...die reply..."xdapat jack..wa xlyn laki cm lu"...haha

tu je la..ak pon gelak2 n tdo..hahaha..
cite ni ak men2 je..sje bosan..nty ak update n letak pic kawan2 ak yg tolol,bangang n cam ssiioottt jek..haha...k?..bye~~

Wednesday, February 9, 2011

Latihan Industri(Praktikal)...GUI Designer di perlukan bagi pelajar yg ingin menjalani latihan industri sesi jun/julai 2011

Company = Clone & Freemen PC Station
Address = No.31-1(1st Floor),
Lorong Batu Nilam 21B,
Bandar Bukit Tinggi,
41200 Klang, Selangor,
Malaysia.

Qualification = diploma/Degree holder.
Semua boleh mencuba(MMU dan UMP digalakkan mencuba).
Jika prestasi bagus, boleh di serap masuk bekerja terus.
boleh memandu/mmpunyai lesen memandu dan mmpunyai transport
sendiri(lagi bagus).
Ramah dan senang bekerja dengan orang lain.
Malay digalakkan mencuba.

Details = Apartment/penempatan disediakan berdekatan dgn ofis(bagi yang duduk jauh).
Elaun Disediakan sepanjang Latihan industri.
Syarikat sedang cuba untuk membina Software Team, jadi fresh graduate yg
inginkan pengalaman adalah 1 peluang besar!!..

Jika Berminat = Emailkan Resume dan dokumen2 penting ke alamat email tertera...

saad.sueb@oncnf.com.my/angie@oncnf.com.my/cpteh@oncnf.com.my

Setelah menghantar email, kami akan menghubungi anda...harap maklum..
Cepat-cepat!!!..