Friday, March 25, 2011

penghilang bosan??..hhahah...credit to http://troxs.com

No. 1
Pastikan anda bawa laptop sendiri. Paling tak pun, jangan lupa bawa external hard disk.
Ianya pasti menyeronokkan bila dapat layan video-video menarik mahupun movie(s) yang anda suka.
(AMARAN: Video panas Ariel Peterpan & Luna Maya tidak termasuk dalam senarai ni ye.)
Add-on: Bawa sekali headphone / earphone untuk pengalaman bunyi yang menakjubkan! hehe.

No. 2
Hantar SMS kepada kawan-kawan dengan menggunakan option ‘Send to many’ (ni handphone jenama Nokia je kot.hehe).
Sementara menunggu reply dari kawan anda, bolehlah buat aktiviti No. 1 di atas.
AMARAN: Tidak digalakkan untuk orang yang cepat kecik hati kalau orang lambat reply SMS. Tak pasal-pasal ada yang putus kawan plak nanti.

No.3
Sebelum ke pejabat, pastikan anda beli lebih dari 1 jenis suratkhabar. Kalau beli Harian Metro, beli sekali Kosmo!. NST jangan lupa.
Takpun, beli semua yang anda rasa anda nak baca.
Waktu anda bosan, baca la kesemua suratkhabar yang anda beli tadi. Baca dengan teliti setiap perkataan yang ada.
Sambil-sambil tu, lihatlah kot-kot ada kerja kosong yang menarik.
Pada waktu anda habis membaca semua suratkhabar tu, waktu kerja dah habis. See, anda tak sempat nak bosan daa..hahaha.

No. 4
Dengarlah lagu! Tapi bukan sekadar mendengar ye. Bila anda dengar lagu yang anda suka, apakata, cari lirik lagu tersebut.
Cuba anda baca lirik tersebut. Kalau ada ayat yang menarik, apa kata, SMS kan lirik yang berkenaan kepada suami/isteri/kawan/kekasih.
Mana tahu, anda mungkin berjaya membuatkan seseorang tersenyum pada haritu. hehe.

No. 5
Beli stok makanan dalam kuantiti pukal.
Asam, Gula-gula getah, Maggi Cup, Milo 3-in-1, Serunding, Bahulu, Biskut
Tiap kali anda bosan, nikmatilah makanan tersebut sambil melakukan aktiviti no. 1.

No. 6
Mainlah game! Sebelum itu, lakukan regangan badan terlebih dahulu.
Kalau anda jenis yang agresif, game seperti Counter Strike mungkin mampu mengujakan anda.
Tapi,game-game yang simple dan bodoh-bodoh seperti Cooking Game, Puzzle Brain, Feeding Frenzy lebih digalakkan kerana mudah ditutup bila bos datang. haha.
Sekali-sekala berhibur, tidak mengapakan. Asal jangan tak buat kerja langsung sudah. Semoga anda mendapat anugerah pekerja paling cemerlang selepas ni ye!

JOM main Teka-Teki...huhuhuh

simple je ni...kalau sape dapt jawab..ak kasi die hadiah yg plg best..huhuh
try la klu brani...:D

1.kenapa penggali kubur gali kubur tak pakai selipar...
2.jawab soklan ni dalam bahasa arab,,

a)Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati ... ... .
b)Siti Nurhaliza berlari keliling padangtanpa seurat benang ... .
c)Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta.


3.ape bende nye.......
masuk.....segitiga....
keluar......bergulung-gulung.....

4.apa benda yang lagi buruk lagi mahal...

5.apa benda yang kecik kecik,hitam dan berpeluh....

6.kalau semua binatang dalam dunia ni jadi harimau...harimau jadi apa?

7.kenapa hidung lembu sentiasa berair..

8.kereta apa yg tak dipanggil kereta...

9.kalau terror maths..hah jawab 200 org cina tolak 18 org india..jadi apa..

10.1+1=2..jawapan lain apa..

11.byk2 rumah....rumah ape yg perlu byk air?....


de byk lg..tp korang try la jwb ni dlu..muahahaha...(^_^)

Wednesday, March 16, 2011

Ilusi..pe tu??

haha...ramai org suke tgk bnd2 pelik...tp hr ni ak nk men ngn ilusi plak..sje je..
korang try la..ak try smpai nk juling2 mata ak..hahahah




Jangan tenung lama2!!..nty juling lak..hahaha..ske x??..klu ske check out pic2 yg len..huhuu




I don’t get it, I just don’t..




huh...nk muntah pon ade...hhaahhaha




Perhatikan tgh2 tu...fokus...anda akan nmpk titik2 pink tu hilang 1 persatu...misteri.....




uih...ni serious nak muntah...hahah




ni xde pe sgt..bese jek..huhuhu




haha....cmne??...juling x??hahaha




tenung lame2.....fokussss.........




hahahahaha....ni jgn tenung lame2..kang kne tampor plak ngn gf korang...hahaha


tu je la wat kali ni..sorry la..gmbr last tu sje je..hahaha...:p
bye~~~

Monday, March 14, 2011

7 cara mengenali perwatakan wanita melalui cara berjalan..

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Personaliti Cinta ini telah dikongsikan oleh saudari zahra di Forum Tentang Cinta.

Cara Lelaki Menguji Wanita

Lelaki... Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.

Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.

Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.


1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.

Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:

Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.


Tips Cinta ini telah dikongsikan oleh saudara xxs di Forum Tentang Cinta.

Cinta sejati.....

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, "Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat." Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, "Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?" Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. "Tolong jaga mata saya baik-baik..."


Kisah Cinta ini telah disumbangkan oleh saudari Shaella di Forum Tentang Cinta.

Thursday, March 10, 2011

Aku menyesal kawin...by Tuah Mohd Bakheet

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!


(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)

Maksud Riak Yang Orang Selalu Salah Faham

Riak. Riak ikan di air. Benda yang biasalah kita dengar hari2 kan. Apa maksud riak ni sebenarnya?

Maksud riak biasanya dikaitkan dengan perbuatan menunjuk2 di depan orang. Biasa kita dengar, atau kita sendiri kata benda macam ni:

“Aku bukan nak riak..”
“Takmau la buat ni, takut riak pulak”
“Tengok tu, menunjuk2. Riak!”

Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Riak ini adalah sesuatu yang bahaya, maksudnya amatlah kronik sehinggakan ia menjadi kebimbangan Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya,

“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).

Syirik maknanya mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Riak menjadi syirik kecil apabila kita menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya, iaitu manusia lain.

Riak adalah sifat yang berlawanan dengan ikhlas. Bila ikhlas bermaksud kita melakukan sesuatu kerana Allah, maka riak bermaksud sebaliknya iaitu melakukan sesuatu bukan kerana-Nya.

Contoh perbuatan riak ialah:

1. Solat dengan begitu kusyuk sekali supaya orang yang melihat akan berasa “Wow, kusyuknya dia ni solat, mesti alim ni”
2. Bersedekah dengan banyak supaya orang kata “Wow, pemurahnya dia!”
3. Mengaji dengan suara merdu dan tajwid yang betul supaya orang kata “Wow, hebatnya dia mengaji!”

Amat sukar nak ikhlas kan?

Namun, terdapat beberapa perbuatan yang kita tak sedar, ia adalah riak sebenarnya. Contohnya…

1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ORANG KATA kita nak menunjuk2.
2. Kita sering solat sunat (dhuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab TAKUT KAWAN KATA kita alim sangat.
3. Kita nak cerita kebaikan kita tapi ayatnya “AKU BUKAN NAK RIAK” supaya ORANG yang dengar INGAT yang kita ni memang baik.

bagaimana untuk berdepan dengan orang panas baran

Tips 1: diamkan diri, jangan respon apa-apa pada kemarahannya.

Api bila dilawan dengan api, sampai bila-bila kedua api tu tak akan padam. Bila api dilawan dengan air, sudah tentu api cepat padam.

Berdiam diri satu sikap yang sejuk dan sejuk adalah sifat air. Jika Anda sedang berdepan dengan orang panas baran yang tengah marah, biarkan dia lepaskan kemarahannya. Elak untuk tidak melakukan apa-apa selain itu.

Tips 2: Jauhkan diri darinya buat seketika.

Jika Anda jenis orang yang tak suka bunyi bising dan asap rokok, sudah tentu anda tak suka duduk berhampiran dengan orang panas baran. Anda tak akan selesa dengan sikapnya. Ada-ada saja dia nak marah, hempas tu, hempas ni.

Biasanya orang yang panas baran ni suka menyalahkan orang lain atas segala masalah. Dia lebih suka menuding jari dari mencari salah dalam diri sendiri. Apabila kawan anda yang panas baran tu sedang naik marah atau menunjukkan air muka kurang senang kerana dia marah, jauhkan diri buat seketika.

Sebab? Anda akan cepat terjangkit oleh aura negatif yang terpancar dari emosi kemarahannya. Anda akan terjangkit sama.

Kesannya Anda akan rasa tertekan secara tiba-tiba. Apabila Anda sudah tertekan, mudahlah untuk masalah muncul bertimpa-timpa dalam hidup Anda semuanya kerana Anda tertekan. Jauhkan diri supaya Anda dapat menjaga aura positif pada diri Anda.

Tips 3: beri masa untuk dia sejuk sendiri.

Orang panas baran ni sebenarnya akan malu sendiri apabila marahnya sudah reda juga apabila kepanasan hatinya berlalu pergi. Orang yang cepat marah samalah dengan orang bodoh, sebab dia tidak mengawal kemarahannya. Orang yang cepat naik marah senang diperbodoh-bodohkan.

Lembu jantan yang cepat naik marah juga senang diperbodoh-bodohkan untuk dijadikan sumber hiburan masyarakat sekeliling. Itu sebab kenapa matador di Sepanyol tu suka mengapi-apikan kemarahan lembu jantan sebab dia nak buat penonton terhibur dengan radukan bodoh si lembu.

Orang sekeliling suka melihat orang yang sedang naik marah sebab orang marah tu akan buat perkara-perkara bodoh yang melucukan.

Orang yang sedang marah biasanya bertindak mengikut perasaan. Dia akan bertindak sesuka hati.

Tindakannya pula melulu. Oleh sebab tindakannya melulu maka apa yang dilakukan olehnya nampak lucu, menarik dan menghiburkan.

Contoh? Tengok sukan gusti.

Ramai penggusti suka mengapi-apikan perasaan marah mereka di antara satu sama lain. Setiap seorang daripada mereka saling cabar mencabar. Pastu cabaran tu cepat disahut lalu masing-masing berjumpa di gelanggang gusti untuk beradu tenaga sampai puas hati.

Yang untung siapa? Penonton dan pemilik hak siaran sukan gusti. Penonton dapat sumber hiburan, pemilik hak siaran dapat duit masyuk berterusan.

Jika ada sesiapa di sekeliling Anda sedang naik marah, beri dia masa untuk sejuk sendiri. Biarkan dia sendirian selama mana dia masih marah, mungkin 2 minit atau mungkin 2 jam, mungkin sampai 2 hari. Biarkan dia tenggelam dengan kemarahannya. Makin dipujuk, makin menjadi (puncanya ego – sebab dia nak makin ramai orang pujuk dia).

Bila emosinya sudah kembali normal, logik akalnya sudah kembali dalam kawalannya, dia akan datang sendiri kepada Anda untuk meluah perasaan atau meminta maaf, kecuali dia orang yang sombong. Tapi jika dia benar-benar mau berkawan dengan Anda, dia sendiri akan datang menemui Anda.

Anda ada pengalaman berdepan dengan orang panas baran? Kongsikan kisahnya. Mungkin ada motivasi tersirat yang boleh kita gali.

Orang panas baran ni agak sensitif, mereka ada di mana-mana. Mungkin juga dia adik-beradik kita sendiri.

Mengapa????

Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini: Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita. Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini." Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja. Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Pelik tapi Benaarrr????

This week ak xtau nk update psl pe..ak pon jenjalan la kt Google..ni la yang aku jumpe...



Nie pelik sangat2..tp xtau r betul ke x...hahah



boleh plak wat cmtu??hahah






































Tu je la...sekadar mnhibur hati je.....(^_^)..
thats all for now guys..nty ak cr la bnd2 yg menarik lg..mggu depan, kite cite psl ARTIS plak k?..hahah...bye2..

Tuesday, March 1, 2011

02/03/2011

huh...lame xupdate blog..(ak rse bru seminggu kot)..mklum r..bru nk jinak2 wat blog..hahaha...

ni saje nk cite..malam td g mkn kt muara ikan bakar..ala...kt port klang tu..yg dekat tanjung harapan tu....xkn xtau kot..tmpt tu blh d katekan femes la gak sejak dlu lg..msk ni dh 10 ratus kali ak g mkn kt sne...haha...bese je tmpt tu sbnrnye..xde pe2 yg mnarik pon..just view die kt tepi laut yg gelap, bertemankn bunyi2 ombak dan sampah sarap ciptaan manusia..hahah...

nak d jadikan cite ni pjg so korang leh la bace..hahaha...ak mkn bertiga..ak, ehem2 tmbah sekor lg..korang mst kenal die kn?...kn?..sape lg klu bkn.....SYAITAN!!!(bunyi drum..)hahaha...wajaq setan..ang makan xbayaq noh mlm td..ciss..hahah..
by the way..kite tolak cite setan tu kt tepi jap ek..sbb die dh la xbyr mkn..pastu ak ngah sembang, die sebok nk bisik2 kt telinga..rimass..lemass..hahaha...
so, ak pon ambk la all kinds of seafood..ikan kembung sekor masak kicap(sbb takut lambat masak, tmpt ni klu nk serve lauk mmg lmbab), udang dlm 13gram goreng tepung and dlm 3gram lg wat tomyam, pastu sayur kailan masak sos tiram, nasi, air fresh oren ngan air apple (si setan tu ak bg die mnum air basuh tgn jek)haha..., pastu emm...tu je kot...eh lupe lak..ketam 2 ekor masak sweet sour...huhuh~~...

xbanyak kn??..mne de banyak..tu je la yg plg ckit yg pernah ktorg mkn kt stu tau..hahaha...so, sume skali berharge RM67.45...xpela..sbb "org tu" bru dpt gaji..aauuwww...hahaha...

korng ingt cite ni dh hbs ke???...blum r...sat2..de bnd yg ak xpuas hati ngn kedai ikan bakar muara ni...nk tau pe die??...

1. Ketam die xmasak mse die serve kt ak!!..ngan bau hanyir lg..ktorg lngsng x sntuh ketam!!..(actually, ak mkn ckit je la..mmbazirkn..yg lebhnye ak tggl kn kt setan)..hehehe

2. Al maklum la kan, serve LEMBAB nak MAM**tuttt**...hahaha...ak smpai kt table kul 9mlm, dpt sume lauk atas meja ak kul 10.30 camtu...cisss...nk kate rmai, xgak..klu sejam stgah tu lauk nye sedap xpe gak!!..hahha

3. Ak xpuas hati sbb kedai die mlm td, brape kali blackout..i takut gelap tau...tamau..tamau...aaahhhh...ahahahah....dh baiki, pastu blackout lg..dekat 3-4 kali gak r, ak tergigit sudu yg ku sangka kan ketam!!..hahaha...

4. Ak xpuas hati coz, xpuas mkn..hahaha...yela..org slalu nk mkn kt kedai, mst la nk satisfaction ble mkn kn?..so bru kte rse berbaloi ngn duit yg kte kuarkan..tul x??..klu betul, ANGGUK KEPALA ANDA!!..heehe..bagus..good boy..hahah

5. ak xpuas hati sbb ak xpuas hati la..klu ak puas hati, xde nye ak tulis pjg2 ni..haish..korg ni xfhm2 la...sigh~~~...hahaha

6. ok la..dh la tu...kesian kt owner kedai tu..ak bkn pe..klu nk berniaga ke, bekerja ke, kne la de amanah, jujur n lain2 sifat yg baik2..klu wat keje xikhlas..xgne...org akn pertikaikn....ni ak tujukn kt pekerja2 o tukang masak restaurant Muara ikan bakar Tanjung harapan.....

so, klu korang nk g test tahap kesabaran n keimanan, ni la tmpt yg sesuai untuk anda..bg mereka2 yg panas baran, kaki pukol n kaki skodeng(awek2 staff kt situ cun2 wwoooo), blh la berkunjung ke sane..tp jgn lupe, duit mau ada la..klu xde duit, ak nasihatkn korg, mkn kt umah je la..xpon pau la mmbr2 py mknan..haha..

k...sekian saje coretan SBBNB(saya budak baru nak belajar)..SBBNB mngucapkan selamat hari lahir, pada diri sndiri ye..bye~~..salam...(^_^)